Arkib

Memahami takaful kenderaan anda

Menurut statistik Kementerian Pengangkutan sehingga 31 Disember 2005 sahaja jumlah kenderaan yang berdaftar di negara ini ialah sebanyak 14,816,407. Itu statistik 2005, hari ini sudah pastilah jumlahnya lebih lagi. Dan salah satu syarat untuk membolehkan kenderaan-kenderaan ini bergerak di jalan raya, setiap kenderaan mestilah mempunyai insurans atau takaful kenderaan yang sah dan masih berkuatkuasa.

Berdasarkan pengalaman saya yang sudah bergiat agak lama di dalam industri ini, saya dapati kebanyakan pemilik kenderaan tidak pernah membaca apa yang terkandung di dalam polisi insurans atau sijil takaful kenderaan mereka dan kalau pernah baca pun mungkin tidak memahami. Ketidakfahaman ini boleh mendatangkan masalah terutamanya apabila berlaku kes-kes tuntutan akibat kemalangan, kecurian dan sebagainya.

Di sini saya akan menerangkan dengan ringkas 5 perkara yang patut diketahui dalam memahami insurans atau takaful kenderaan yang biasa didapati di Malaysia. Ini bukanlah maklumat komprehensif. Maklumat yang detail bolehlah anda dapati melalui polisi insurans / sijil takaful kenderaan anda sendiri.

1. Mengenali jenis-jenis perlindungan: Pihak ke-3 vs. Komprehensif. Untuk perlindungan Pihak ke-3, syarikat insurans akan membayar tuntutan akibat kematian atau kecederaan anggota mana-mana orang (selain daripada anda, pemandu atau penumpang anda) dan kerosakan kepada harta (yang bukan harta sendiri atau keluarga) akibat kemalangan yang berpunca daripada penggunaan Kenderaan Anda.

Manakala Perlindungan Komprehensif pula ialah Perlindungan Pihak ke-3 di atas DAN ditambah dengan pampasan akibat kecurian, kebakaran dan kerosakan disebabkan kemalangan atau dihempap objek jatuh (dengan syarat tidak bersabit dengan banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang ataupun konvulsi semula jadi yang lain) kepada kenderaan anda. Continue reading Memahami takaful kenderaan anda