Tiada siapa yang mahukan kemalangan berlaku ke atas dirinya. Namun, walaubagaimana bersiap sedianya kita dan berhati-hatinya kita, sekiranya ditakdirkan Allah berlaku kemalangan, tetap juga akan berlaku. Lebih-lebih lagi kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan kita dengan orang lain.
Mungkin tips-tips berikut boleh membantu serba-sedikit sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali terlibat di dalam kemalangan jalanraya.
- Bertenang dan jangan cemas. Pada saya inilah perkara terpenting sebelum kita mengambil tindakan seterusnya.
- Sekiranya ada yang tercedera, hubungi ambulans atau 999 untuk bantuan.
- Sekiranya tiada kecederaan, alihkan kenderaan dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
- Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
- Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
- Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
- Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan. Gambaran mengenai kemalangan ini boleh membantu penyiasatan polis.
- Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans / pengendali takaful masing-masing.
- Jangan berbincang mengenai siapa yang bersalah. Ini mungkin boleh menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
- Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi nombor “hotline” syarikat insurans/pengendali takaful anda bagi mendapatkan maklumat bengkel kenderaan yang sepatutnya.
- Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
- Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful dengan segera, walaupun anda mungkin tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan ini boleh menyebabkan anda kehilangan NCD.
- Sekiranya anda membuat tuntutan insurans, pastikan borang tuntutan insurans diisi dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/ pengendali takaful anda.

Salam….
Pengetahuan yang amat berguna…