Arkib

Masa depan anak-anak kita (5 drp 5)

Ini adalah bahagian akhir daripada apa yang saya tulis mengenai subjek ini pada Feb 2001.

——————————————–

Saya tidak berniat untuk menimbulkan kebimbangan yang tidak munasabah (unnecessary worry) di kalangan kawan-kawan sekelian. Saya cuma cuba memberikan sedikit pandangan berdasarkan apa yang pernah dialami oleh rakan-rakan saya yang kini sudahpun mula mempunyai anak-anak di peringkat universiti.

Saya kasihan kerana memang ada di antara mereka yang lambat menyedari keperluan menyediakan tabungan untuk pengajian tinggi anak-anak sehinggalah tiba masa anak-anak sudah dipintu menara gading dan kini terpaksa bekerja keras memastikan anak-anak mereka terus belajar. Ini kerana mereka menyangka peluang yang pernah mereka dapati dahulu akan berterusan.

Jadi di manakah harus kita melabur untuk memastikan pengajian tinggi anak-anak terjamin? Ini bergantung kepada masa yang kita ada. Seperti yang saya katakan sebelum ini, lebih awal kita bermula lebih baik.

Setahu saya, anak-anak dari kawan-kawan sebaya saya yang paling tua adalah di darjah 4 (umur 10 tahun). Ini bermakna kita mempunyai masa lebih kurang 7 tahun untuk menyediakan dana secukupnya bagi pengajian tinggi anak-anak ini. Tujuh tahun masih tidak terlewat. Kita masih boleh melabur dalam “mid to long-term investment vehicle” seperti amanah saham atau mungkin “stock market” sekiranya kita dari jenis “high-risk profiler”.

Namun sekiranya masa sudah tidak ada nanti bukan sahaja kita terpaksa menolak ke tepi lebih banyak pendapatan bahkan terpaksa menyimpan dalam “low-risk vehicle” seperti FD atau Tabung Haji sahaja kerana tidak mungkin kita mahu merisikokan tabungan yang gunanya nanti adalah untuk anak-anak yang kita cintai ini.

Sebagai rumusan, dengan kebanyakan kita mempunyai pekerjaan yang agak lumayan, pastikan kita menolak ke tepi sebahagian pendapatan kita (saya cadangkan sekurang-kurangnya 6-10% pendapatan), secara konsisten untuk simpanan masa depan anak-anak. Dengan setiap kenaikan gaji tahunan dan bonus, pastikan kita tambahkan tabungan sedikit demi sedikit.

Dan juga, lebih banyak masa yang kita ada, lebih banyak pilihan pelaburan yang boleh kita buat.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Nota: Saya percaya rakan-rakan yang memang terlibat secara langsung dengan pelaburan dan perancangan kewangan boleh memberi nasihat yang lebih berkesan tentang di mana patut diletakkan pelaburan untuk masa depan anak-anak kita ini.

Artikel-artikel dalam siri ini hanyalah sebagai panduan umum berdasarkan pengalaman dan rujukan buku-buku perancangan kewangan dan berkemungkinan tidaklah sesuai untuk semua keadaan. Sila dapatkan nasihat lanjut daripada penasihat kewangan anda atau penulis secara terus.

1 comment to Masa depan anak-anak kita (5 drp 5)

  • saya setuju. memang simpanan adalah sgt penting. tuk pelaburan jangka panjang, unit amanah sgt sesuai. hubungi sy jika ingin melabur di dalam unit amanah. sy penasihat unit amanah dr public mutual. syarikat unit amanah no.1 di Malaysia.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>