Arkib

Masa depan anak-anak kita (4 drp 5)

This is a continuation of what I wrote on Feb 2001 about the subject.

——————————————

Cara yang lebih baik untuk menjamin adanya dana pendidikan tinggi anak2 ialah dengan mula menyimpan dari sekarang. Lebih cepat kita bermula lebih baik.

Sebagai contoh, katakan kita memerlukan RM100,000.00 apabila anak berumur 18 tahun. Dan katakan pula kadar pulangan yang kita terima adalah 10% setahun. Jika kita mula menyimpan semasa anak mula dilahirkan, maka kita ada masa selama 18 tahun untuk menyediakan dana berkenaan. Dan simpanan yang perlu ditolak daripada pendapatan hanyalah sekitar RM166.00 sebulan (simpan setiap bulan tanpa henti). Makin lama kita bertangguh makin pendek masa yang kita ada dan makin besar pula pendapatan yang harus ditolak tepi.

Lihat contoh ini. Untuk mendapat RM100,000 (lebihkurang) berdasarkan kadar keuntungan 10% setahun:

simpan RM166.00 sebulan selama 18 tahun atau
simpan RM241.00 sebulan selama 15 tahun atau
simpan RM361.00 sebulan selama 12 tahun atau
simpan RM488.00 sebulan selama 10 tahun atau
simpan RM827.00 sebulan selama 7 tahun atau
simpan RM1291.00 sebulan selama 5 tahun

Apakah pilihan kita?

Mungkin apa yang saya perkatakan di atas adalah sesuatu yang semua orang sudah tahu dan mungkin sudah ramai orang perkatakan. Yang penting bukan kita tahu atau kita faham tapi kita buat.

Jika orang2 kita (Melayu) sudah buat seperti apa yang saya contohkan diatas maka tidaklah kita akan lihat ibubapa merayu bantuan kerajaan dan badan2 lain. Dan sudah tentu kita akan lihat lebih ramai orang2 kita melanjutkan pelajaran tinggi.

Saya teringat semasa di Univ of Oklahoma pada 1988, pelajar dibawah tajaan MARA, JPA dsbnya (Bumiputra) yang belajar disitu adalah lebih kurang 40orang tetapi yang belajar dengan biaya sendiri (kebanyakannya berbangsa Cina) adalah melebihi 200 orang. Tidak terlintas difikiran saya ketika itu bahawa akan tiba masanya nanti, kita pula akan menjadi seperti ibubapa pelajar yang 200 orang itu, berhempas pulas untuk mencari dana mendidik anak-anak.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>