This is a continuation of what I wrote on Feb 2001 about the subject.
————————–
Setelah mengetahui betapa tingginya kos pendidikan peringkat tinggi, bagaimanakah agaknya anak2 kita harus mendapatkannya?
Kita ada beberapa pilihan:
1. Biasiswa (MARA, Petronas, Yayasan2 Negeri dsb). Inilah yang sangat saya harapkan terjadi pada anak2 kita. Tidak perlu bersusah payah mencari sumber dana. Tapi, bilangan biasiswa adalah terhad. Syarat untuk mendapat biasiswa ini pula selalunya ialah anak kita mestilah yang ‘top in class’ atau yang paling pandai. Masalahnya, ini juga yang dikejar oleh kebanyakan ibubapa yang lain. Itulah sebabnya ‘tuition centre’ menjadi-jadi. Budak yang bijak2 pun makin ramai, gred 1 bersepah, 8A pun dah banyak. Persaingan getir.
2. PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional). Saya tidak pasti sama ada kita menyedari bahawa tiada lagi sumber modal pengajian automatik seperti yang pernah kita alami dahulu. Pelajar2 yang memasuki IPT awam dan swasta tempatan harus mendapatkan dananya sendiri dan PTPTN adalah sumber yang boleh diharapkan oleh kebanyakan mereka.
PTPTN adalah pinjaman daripada kerajaan yang mengenakan kadar faedah 4%. Bagaimana? Nampak boleh tahan. Namun begitu, pinjaman terhad kepada yuran pengajian dan sebahagian belanja buku. Perbelanjaan lain dan biaya hidup masih harus disediakan. Tapi ingat, bukankah ramai di antara kita masih membayar pinjaman MARA yang diberikan pada kadar faedah 0%. Sedangkan pada kadar 0% pun kita masih merangkak-rangkak membayarnya, inikan pula dengan 4%. Kasihanilah anak2 kita. Namun begitu ia tetap satu opsyen yang boleh kita fikirkan.
3. Pinjaman bank. Ini adalah satu opsyen yang saya harap tidak perlu kita buat. Bukan sahaja
kadar faedahnya lebih tinggi, jadual pembayarannya pun selalunya bermula serta-merta. Berbeza dari bank, di PTPTN pinjaman boleh dibayar selepas tamat pengajian.
4. Menang Who WTB Millionaire? atau seumpamanya Ini hanyalah peluang kepada beberapa orang yang bernasib baik sahaja dan hanyalah angan2 Mat Jenin bagi kebanyakan kita. Doalah selalu semoga anda menjadi antara orang yang bernasib baik itu.
Cara yang lebih baik – bersedia dari sekarang. You have nothing to lose.
Memang, pengajian tinggi tidak menjamin seseorang itu menjadi lebih berjaya atau lebih kaya. Namun, mahukah kita menidakkan peluang ke universiti sekiranya anak kita layak atau kita mampu atau sekiranya anak kita itu sendiri mahu? Saya tidak percaya Bill Gates akan membiarkan anaknya untuk menjadi “college dropout” seperti dirinya.
Jika kita lihat ahli perniagaan Malaysia yang besar pun (yang asalnya tidak berpelajaran tinggi spt Lim Goh Tong) tidak membiarkan anak2nya tanpa pengajian tinggi.
Mereka yang berjaya tanpa pelajaran tinggi adalah mereka yang pada saya adalah istimewa kerana mempunyai visi tersendiri dan mungkin lebih baik jadi “drop-out” dan sekiranya anak2 saya mempunyai ciri2 sebegini, saya memang tidak kisah kalau dia nak masuk universiti atau tidak.
