Arkib

Memahami takaful kenderaan anda

Menurut statistik Kementerian Pengangkutan sehingga 31 Disember 2005 sahaja jumlah kenderaan yang berdaftar di negara ini ialah sebanyak 14,816,407. Itu statistik 2005, hari ini sudah pastilah jumlahnya lebih lagi. Dan salah satu syarat untuk membolehkan kenderaan-kenderaan ini bergerak di jalan raya, setiap kenderaan mestilah mempunyai insurans atau takaful kenderaan yang sah dan masih berkuatkuasa.

Berdasarkan pengalaman saya yang sudah bergiat agak lama di dalam industri ini, saya dapati kebanyakan pemilik kenderaan tidak pernah membaca apa yang terkandung di dalam polisi insurans atau sijil takaful kenderaan mereka dan kalau pernah baca pun mungkin tidak memahami. Ketidakfahaman ini boleh mendatangkan masalah terutamanya apabila berlaku kes-kes tuntutan akibat kemalangan, kecurian dan sebagainya.

Di sini saya akan menerangkan dengan ringkas 5 perkara yang patut diketahui dalam memahami insurans atau takaful kenderaan yang biasa didapati di Malaysia. Ini bukanlah maklumat komprehensif. Maklumat yang detail bolehlah anda dapati melalui polisi insurans / sijil takaful kenderaan anda sendiri.

1. Mengenali jenis-jenis perlindungan: Pihak ke-3 vs. Komprehensif. Untuk perlindungan Pihak ke-3, syarikat insurans akan membayar tuntutan akibat kematian atau kecederaan anggota mana-mana orang (selain daripada anda, pemandu atau penumpang anda) dan kerosakan kepada harta (yang bukan harta sendiri atau keluarga) akibat kemalangan yang berpunca daripada penggunaan Kenderaan Anda.

Manakala Perlindungan Komprehensif pula ialah Perlindungan Pihak ke-3 di atas DAN ditambah dengan pampasan akibat kecurian, kebakaran dan kerosakan disebabkan kemalangan atau dihempap objek jatuh (dengan syarat tidak bersabit dengan banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang ataupun konvulsi semula jadi yang lain) kepada kenderaan anda. Continue reading Memahami takaful kenderaan anda

5 perkara wanita harus tahu mengenai kereta

Ada sekurang-kurangnya lima (5) perkara umum wanita patut tahu dan periksa mengenai kenderaan mereka, sebelum memandu dan sebelum datang masalah.

Pada isteri saya, “hal-hal kereta” bukanlah perkara yang menyeronokkan terutamanya sebab beliau memang tidak selesa mengotori tangan, bahkan yang lebih utama lagi sebab kurangnya pengetahuan tentang penyelenggaraan kereta. Segalanya diserahkan pada saya walaupun sebenarnya saya ni pun bukan pandai sangat pasal kereta.

Itu dulu.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya dan isteri sama-sama belajar. Tidaklah susah sangat sebenarnya.

1. Minyak bahan api (Petrol / Disel / NGV)

Ini perkara asas, tak payah fikir. Orang yang tidak memiliki kereta pun tahu minyak bahan api mesti ada untuk kereta bergerak. Tapi percayalah, saya kenal ramai wanita yang tidak pernah menuang minyak ke dalam tangki mereka sendiri dan tidak tahu bagaimana. Isteri saya sendiri, untuk lebih 10 tahun, sayalah yang mengisi penuh minyak ke dalam tangki sehari sebelum hari kerja bermula untuk beliau gunakan dan habiskan dalam seminggu bekerja. Begitulah berulang-ulang setiap minggu.

Kebanyakan kenderaan persendirian di Malaysia menggunakan petrol tapi ada juga yang menggunakan disel dan NGV. Pastikan bahan api yang betul. Dan pastikan anda kenal pasti mesin pam bahan api yang betul di stesen servis. Continue reading 5 perkara wanita harus tahu mengenai kereta