TakafulForAll.com

Mengapa perlu kaji semula perlindungan insuran hayat (atau takaful keluarga) anda
Sekiranya anda memiliki perlindungan insurans (atau takaful) atas diri atau keluarga melebihi 3 tahun, mungkin inilah masanya anda mengkaji semula semua portfolio insurans tersebut.

Kaji semula ini adalah perlu kerana:

Mungkin anda terkurang dilindungi (under-coverage).

Mungkin anda terlebih dilindungi (over-coverage).

Mungkin anda tidak memahami (atau terlupa) apakah perlindungan yang anda miliki.

Mungkin anda tersalah pilih pelan yang sepatutnya.

Mungkin anda memiliki perlindungan sedia ada atas niat yang salah.

Mungkin anda membayar terlalu tinggi untuk perlindungan sedia ada.

Mungkin perlindungan sedia ada tidak lengkap.

Mungkin perlindungan sedia ada matang terlalu awal.

Mungkin perlindungan sedia ada matang terlalu lama.

Mungkin perlindungan sedia ada tidak menepati syariah.

Mungkin anda ingin membuat pengeluaran atau pinjaman tunai daripada polisi anda.

Kami boleh menyediakan perkhidmatan kaji semula (review) secara PERCUMA. Hubungi kami.

Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans (1/2)
Sekiranya kenderaan anda mengalami kemalangan, anda mungkin berhak membuat tuntutan sama ada tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga bergantung kepada jenis insurans yang anda miliki dan situasi kemalangan. Sekiranya anda memiliki insurans komprehensif dan dalam situasi anda melanggar orang lain, anda berhak menuntuk kerugian ke atas kerosakan anda sendiri dan orang yang anda langgar berhak menuntut kerugian tuntutan pihak ketiga ke atas insurans anda. Sekiranya anda hanya memiliki insurans pihak ketiga dan dalam situasi anda melanggar orang lain, anda tidak berhak menuntuk kerugian ke atas kerosakan anda sendiri tetapi orang yang anda langgar tetap berhak menuntut kerugian tuntutan pihak ketiga ke atas insurans anda.

Bagi tuntutan kerosakan sendiri, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat mereka.

Jika syarikat insurans mencadangkan atau menghendaki kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel yang diluluskan, hantarlah kenderaan anda seperti yang dinasihatkan. Syarikat insurans atau pengendali takaful berhak menolak tuntutan jika kenderaan tidak dihantar ke bengkel yang diluluskan mereka. Selepas kemalangan dan kerosakan difailkan, syarikat insurans akan menghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan kenderaan sebelum membenarkan kerja baik pulih dijalankan. Pelaras kerugian bukanlah daripada kakitangan syarikat insurans atau pengendali takaful sebaliknya syarikat luar yang khusus menilai tahap kerosakan sesuatu kemalangan.

Apa perlu dibuat apabila kemalangan
Tiada siapa yang mahukan kemalangan berlaku ke atas dirinya. Namun, walaubagaimana bersiap sedianya kita dan berhati-hatinya kita, sekiranya ditakdirkan Allah berlaku kemalangan, tetap juga akan berlaku. Lebih-lebih lagi kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan kita dengan orang lain.

Mungkin tips-tips berikut boleh membantu serba-sedikit sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali terlibat di dalam kemalangan jalanraya.

Bertenang dan jangan cemas. Pada saya inilah perkara terpenting sebelum kita mengambil tindakan seterusnya.

Sekiranya ada yang tercedera, hubungi ambulans atau 999 untuk bantuan.

Sekiranya tiada kecederaan, alihkan kenderaan dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.

Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.

Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.

Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.

Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan. Gambaran mengenai kemalangan ini boleh membantu penyiasatan polis.

Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans / pengendali takaful masing-masing.

Jangan berbincang mengenai siapa yang bersalah. Ini mungkin boleh menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.

Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi nombor “hotline” syarikat insurans/pengendali takaful anda bagi mendapatkan maklumat bengkel kenderaan yang sepatutnya.

Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.

Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful dengan segera, walaupun anda mungkin tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan ini boleh menyebabkan anda kehilangan NCD.

Sekiranya anda membuat tuntutan insurans, pastikan borang tuntutan insurans diisi dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/ pengendali takaful anda.

Memahami takaful kenderaan anda
Menurut statistik Kementerian Pengangkutan sehingga 31 Disember 2005 sahaja jumlah kenderaan yang berdaftar di negara ini ialah sebanyak 14,816,407. Itu statistik 2005, hari ini sudah pastilah jumlahnya lebih lagi. Dan salah satu syarat untuk membolehkan kenderaan-kenderaan ini bergerak di jalan raya, setiap kenderaan mestilah mempunyai insurans atau takaful kenderaan yang sah dan masih berkuatkuasa.

Berdasarkan pengalaman saya yang sudah bergiat agak lama di dalam industri ini, saya dapati kebanyakan pemilik kenderaan tidak pernah membaca apa yang terkandung di dalam polisi insurans atau sijil takaful kenderaan mereka dan kalau pernah baca pun mungkin tidak memahami. Ketidakfahaman ini boleh mendatangkan masalah terutamanya apabila berlaku kes-kes tuntutan akibat kemalangan, kecurian dan sebagainya.

Di sini saya akan menerangkan dengan ringkas 5 perkara yang patut diketahui dalam memahami insurans atau takaful kenderaan yang biasa didapati di Malaysia. Ini bukanlah maklumat komprehensif. Maklumat yang detail bolehlah anda dapati melalui polisi insurans / sijil takaful kenderaan anda sendiri.

1. Mengenali jenis-jenis perlindungan: Pihak ke-3 vs. Komprehensif. Untuk perlindungan Pihak ke-3, syarikat insurans akan membayar tuntutan akibat kematian atau kecederaan anggota mana-mana orang (selain daripada anda, pemandu atau penumpang anda) dan kerosakan kepada harta (yang bukan harta sendiri atau keluarga) akibat kemalangan yang berpunca daripada penggunaan Kenderaan Anda.

Manakala Perlindungan Komprehensif pula ialah Perlindungan Pihak ke-3 di atas DAN ditambah dengan pampasan akibat kecurian, kebakaran dan kerosakan disebabkan kemalangan atau dihempap objek jatuh (dengan syarat tidak bersabit dengan banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang ataupun konvulsi semula jadi yang lain) kepada kenderaan anda.

Insurans pihak ke-3 memang murah tetapi dengan skop perlindungan yang terhad kepada kepada diri dan harta orang yang kita langgar, amatlah berisiko tinggi untuk kenderaan yang masih di bawah pembiayaan untuk dilindungi di bawah skim ini sahaja. Untuk kenderaan yang masih di bawah pembiayaan, pastikan anda melindunginya di bawah perlindungan insurans komprehensif.

2. Pentingnya melindungi (untuk perlindungan komprehensif) berdasarkan nilai pasaran. Ada dua sebab utama mengapa anda harus ambil tahu keperluan melindungi kenderaan anda mengikut nilai pasaran:

a. Jumlah maksimum syarikat insurans akan bayar apabila berlaku kemalangan atau kehilangan ialah nilai pasaran kenderaan pada masa kerugian, atau jumlah diinsuranskan, mengikut yang mana lebih rendah. Contoh, kalau perlindungan insurans kenderaan anda ialah RM100,000 tapi nilai pasaran kenderaan hanya RM90,000.00, maka sekiranya kenderaan anda dicuri, RM90,000 sahajalah nilai maksimum syarikat insurans akan bayar. Kalau anda masih berhutang RM95,000 dengan bank, maka RM5,000 baki hutang masih tetap anda kena bayar.

Siapa yang menentukan harga pasaran? Nilai pasaran kenderaan akan ditentukan, sekiranya berlaku pertikaian, oleh Pemegang Francais (pengedar / pengeluar model kenderaan) atau Pelaras Kerugian dan nilai ini biasanya sama dengan kos pembelian kenderaan gantian dengan buatan, model dan usia yang sama dengan kenderaan anda pada masa kerugian.

b. Sekiranya kenderaan anda pada masa berlakunya kerugian atau kerosakan, diinsuranskan pada jumlah kurang daripada nilai pasarannya, maka anda akan dianggap sebagai penanggung insurans sendiri bagi perbezaan tersebut dan dikehendaki menanggung perkadaran setimpal bagi kerugian itu. Contoh, katakan nilai pasaran kereta anda RM100,000 tetapi anda hanya menginsuranskannya pada kadar RM70,000 iaitu bersamaan dengan 70% nilai pasaran. Sekiranya berlaku kemalangan dan jumlah bil pembaikan daripada bengkel yang dituntut kepada syarikat insurans ialah RM20,000, syarikat insuran akan hanya membayar 70% bil itu dan 30% lagi (RM6,000) anda yang harus menanggungnya.

3. Insurans kenderaan TIDAK membayar untuk kecederaan pemandu dan penumpang sendiri. Maksudnya di sini ialah insurans kenderaan anda tidak akan membayar bil rawatan kecederaan anda dan penumpang-penumpang anda TETAPI akan hanya membayar bil rawatan kecederaan pihak ke-3 sahaja (orang yang anda langgar). Anda boleh atasi kekurangan perlindungan ini dengan menambah perlindungan Kemalangan Diri untuk Kenderaan Bermotor yang boleh didapati dengan tambahan sumbangan yang minimal. Hubungi TakafulForAll.com untuk maklumat lanjut.

4. Insuran kenderaan TIDAK membayar kerosakan akibat Banjir, Taufan, Hurikan, Ribut, Ribut Kencang, Letusan Gunung Berapi, Gempa Bumi, Tanah Runtuh, Gelinciran Tanah, Penurunan atau Tenggelaman Tanah ataupun Konvulsi semulajadi lain. Anda boleh atasi kekurangan perlindungan ini dengan menambah perlindungan Peril Tambahan yang boleh didapati dengan tambahan sumbangan yang minimal. Hubungi TakafulForAll.com untuk maklumat lanjut.

5. Tambahan perlindungan cermin pecah

Selain daripada perkara-perkara di atas anda juga boleh mendapatkan perlindungan tambahan (dengan sumbangan yang minimal) melindungi kos mengganti atau membaiki kaca cermin depan / belakang, tingkap atau tingkap bumbung termasuk filem salutan / mewarna, jika ada. Yang menariknya ialah mana-mana tuntutan dibuat di bawah perlindungan tambahan ini tidak akan menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD). Hubungi TakafulForAll.com untuk maklumat lanjut.

5 perkara wanita harus tahu mengenai kereta
Ada sekurang-kurangnya lima (5) perkara umum wanita patut tahu dan periksa mengenai kenderaan mereka, sebelum memandu dan sebelum datang masalah.

Pada isteri saya, “hal-hal kereta” bukanlah perkara yang menyeronokkan terutamanya sebab beliau memang tidak selesa mengotori tangan, bahkan yang lebih utama lagi sebab kurangnya pengetahuan tentang penyelenggaraan kereta. Segalanya diserahkan pada saya walaupun sebenarnya saya ni pun bukan pandai sangat pasal kereta.

Itu dulu.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya dan isteri sama-sama belajar. Tidaklah susah sangat sebenarnya.

1. Minyak bahan api (Petrol / Disel / NGV)

Ini perkara asas, tak payah fikir. Orang yang tidak memiliki kereta pun tahu minyak bahan api mesti ada untuk kereta bergerak. Tapi percayalah, saya kenal ramai wanita yang tidak pernah menuang minyak ke dalam tangki mereka sendiri dan tidak tahu bagaimana. Isteri saya sendiri, untuk lebih 10 tahun, sayalah yang mengisi penuh minyak ke dalam tangki sehari sebelum hari kerja bermula untuk beliau gunakan dan habiskan dalam seminggu bekerja. Begitulah berulang-ulang setiap minggu.

Kebanyakan kenderaan persendirian di Malaysia menggunakan petrol tapi ada juga yang menggunakan disel dan NGV. Pastikan bahan api yang betul. Dan pastikan anda kenal pasti mesin pam bahan api yang betul di stesen servis.

Ingat, adalah mustahak anda mengetahui bagaimana membuka penutup tangki dan mengepam minyak ke dalamnya. Mungkin suatu hari anda terpaksa juga menuang minyak sendiri. Jangan sampai kehabisan di tengah jalan.

2. Air di dalam tangki radiator

Buka hud kereta. Selalunya suis penarik (pembuka) hud ada di bawah “dashboard“ di sebelah pemandu.

Periksa sebelum kereta dihidupkan, kalau tidak melecur tangan nanti. Pastikan air yang cukup. Jika tidak, tambah saja dengan air paip.

Sekiranya anda biasa menghantar kereta untuk servis, pemeriksaan air radiator adalah perkara asas yang mesti dibuat. Walaupun begitu, anda juga mesti tahu untuk memeriksa sendiri, “in case” ada kebocoran yang menyebabkan air radiator kekurangan. Elok dilakukan pemeriksaan air radiator ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

3. Minyak hitam, transmisi & brek

Ini adalah penting. Tanpa minyak hitam yang mencukupi, enjin mungkin menjadi panas dan akan merosakkan enjin. Minyak transmisi yang tidak cukup mungkin akan menyebabkan kereta tidak bergerak dan minyak brek yang tidak cukup mungkin membahayakan nyawa anda akibat kenderaan tidak dapat dihentikan.

Untuk kereta yang agak berusia, pastikan anda memeriksa dengan lebih kerap. Walaupun mungkin anda menghantar kenderaan untuk servis setiap 3 bulan atau setiap 5,000 km, jangan tunggu sehingga masa servis baru anda harap mekanik periksa. Paling kurang anda perlu tahu samada minyaknya cukup atau tidak. Minyak hitam, transmisi atau brek yang surut agak mendadak mungkin menandakan adanya kebocoran. Itu sebab pemeriksaan sebegini penting, ini adalah penting demi keselamatan anda sendiri.

4. Tayar

Anda tahu menukar tayar? Walaupun anda mungkin tidak perlu menukar tayar sendiri kerana ada kad AAM atau sentiasa ada suami atau kawan-kawan yang boleh membantu, adalah baik sekiranya anda sendiri tahu bagaimana menukar tayar.

Juga pastikan tekanan tayar yang betul untuk tayar kereta anda. Pelajarilah bagaimana memeriksa tekanan tayar dan bagaimana mengepam tayar bila perlu.

Mengetahui perkara asas mengenai kereta sebegini boleh membuatkan seseorang wanita merasa lebih yakin dan merasa lebih selamat apabila memandu.

5. Insuran dan cukai jalan

Sebelum memulakan perjalanan pastikan insuran dan cukai jalan anda masih hidup dan sah. Lihat pada cermin depan anda, adakah cukai jalan anda masih belum tamat. Sekiranya sudah hampir luput, anda boleh memulakan proses pembaharuan insuran dan cukai jalan anda. Cukai jalan boleh diperbaharui seawal dua bulan sebelum tarikh tamat tempohnya.

Insuran dan cukai jalan adalah wajib bagi membolehkan kenderaan digunakan secara sah di jalanraya. Perkara ini hanya dibuat setahun sekali. Sesetengah orang mengambil cuti semata-mata untuk menguruskan pembaharuan insuran dan cukai jalan. Ya lah, hutang di bankkan ada lagi. Dapatkan insuran baru dari syarikat insuran, lepas tu pergi bank untuk bayar cukai jalan dan petangnya pergi semula ke bank untuk mengutip kembali cukai jalan yang sudah siap.

Kini segalanya anda boleh serahkan kepada TakafulForAll.com untuk uruskan. Mudah sungguh, insuran dan cukai jalan boleh diuruskan sekali. Biasanya dalam dua hari bekerja sahaja cukai jalan sudah sampai ke tangan, samada di pejabat atau di rumah. Tidak perlu lagi menyusahkan diri.

Masa depan anak-anak kita (5 drp 5)
Ini adalah bahagian akhir daripada apa yang saya tulis mengenai subjek ini pada Feb 2001.

Saya tidak berniat untuk menimbulkan kebimbangan yang tidak munasabah  (unnecessary worry) di kalangan kawan-kawan sekelian. Saya cuma cuba memberikan sedikit pandangan berdasarkan apa yang pernah dialami oleh rakan-rakan saya yang kini sudahpun mula mempunyai anak-anak di peringkat universiti.

Saya kasihan kerana memang ada di antara mereka yang lambat menyedari keperluan menyediakan tabungan untuk pengajian tinggi anak-anak sehinggalah tiba masa anak-anak sudah dipintu menara gading dan kini terpaksa bekerja keras memastikan anak-anak mereka terus belajar. Ini kerana mereka menyangka peluang yang pernah mereka dapati dahulu akan berterusan.

Jadi di manakah harus kita melabur untuk memastikan pengajian tinggi anak-anak terjamin? Ini bergantung kepada masa yang kita ada. Seperti yang saya katakan sebelum ini, lebih awal kita bermula lebih baik.

Setahu saya, anak-anak dari kawan-kawan sebaya saya yang paling tua adalah di darjah 4 (umur 10 tahun). Ini bermakna kita mempunyai masa lebih kurang 7 tahun untuk menyediakan dana secukupnya bagi pengajian tinggi anak-anak ini. Tujuh tahun masih tidak terlewat. Kita masih boleh melabur dalam “mid to long-term investment vehicle” seperti amanah saham atau mungkin “stock market” sekiranya kita dari jenis “high-risk profiler”.

Namun sekiranya masa sudah tidak ada nanti bukan sahaja kita terpaksa menolak ke tepi lebih banyak pendapatan bahkan terpaksa menyimpan dalam “low-risk vehicle” seperti FD atau Tabung Haji sahaja kerana tidak mungkin kita mahu merisikokan tabungan yang gunanya nanti adalah untuk anak-anak yang kita cintai ini.

Sebagai rumusan, dengan kebanyakan kita mempunyai pekerjaan yang agak lumayan, pastikan kita menolak ke tepi sebahagian pendapatan kita (saya cadangkan sekurang-kurangnya 6-10% pendapatan), secara konsisten untuk simpanan masa depan anak-anak. Dengan setiap kenaikan gaji tahunan dan bonus, pastikan kita tambahkan tabungan sedikit demi sedikit.

Dan juga, lebih banyak masa yang kita ada, lebih banyak pilihan pelaburan yang boleh kita buat.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Nota: Saya percaya rakan-rakan yang memang terlibat secara langsung dengan pelaburan dan perancangan kewangan boleh memberi nasihat yang lebih berkesan tentang di mana patut diletakkan pelaburan untuk masa depan anak-anak kita ini.

Artikel-artikel dalam siri ini hanyalah sebagai panduan umum berdasarkan pengalaman dan rujukan buku-buku perancangan kewangan dan berkemungkinan tidaklah sesuai untuk semua keadaan. Sila dapatkan nasihat lanjut daripada penasihat kewangan anda atau penulis secara terus.

Masa depan anak-anak kita (4 drp 5)
This is a continuation of what I wrote on Feb 2001 about the subject.

Cara yang lebih baik untuk menjamin adanya dana pendidikan tinggi anak2 ialah dengan mula menyimpan dari sekarang. Lebih cepat kita bermula lebih baik.

Sebagai contoh, katakan kita memerlukan RM100,000.00 apabila anak berumur 18 tahun. Dan katakan pula kadar pulangan yang kita terima adalah 10% setahun. Jika kita mula menyimpan semasa anak mula dilahirkan, maka kita ada masa selama 18 tahun untuk menyediakan dana berkenaan. Dan simpanan yang perlu ditolak daripada pendapatan hanyalah sekitar RM166.00 sebulan (simpan setiap bulan tanpa henti). Makin lama kita bertangguh makin pendek masa yang kita ada dan makin besar pula pendapatan yang harus ditolak tepi.

Lihat contoh ini. Untuk mendapat RM100,000 (lebihkurang) berdasarkan kadar keuntungan 10% setahun:

simpan RM166.00 sebulan selama 18 tahun atau

simpan RM241.00 sebulan selama 15 tahun atau

simpan RM361.00 sebulan selama 12 tahun atau

simpan RM488.00 sebulan selama 10 tahun atau

simpan RM827.00 sebulan selama 7 tahun atau

simpan RM1291.00 sebulan selama 5 tahun

Apakah pilihan kita?

Mungkin apa yang saya perkatakan di atas adalah sesuatu yang semua orang sudah tahu dan mungkin sudah ramai orang perkatakan. Yang penting bukan kita tahu atau kita faham tapi kita buat.

Jika orang2 kita (Melayu) sudah buat seperti apa yang saya contohkan diatas maka tidaklah kita akan lihat ibubapa merayu bantuan kerajaan dan badan2 lain. Dan sudah tentu kita akan lihat lebih ramai orang2 kita melanjutkan pelajaran tinggi.

Saya teringat semasa di Univ of Oklahoma pada 1988, pelajar dibawah tajaan MARA, JPA dsbnya (Bumiputra) yang belajar disitu adalah lebih kurang 40orang tetapi yang belajar dengan biaya sendiri (kebanyakannya berbangsa Cina) adalah melebihi 200 orang. Tidak terlintas difikiran saya ketika itu bahawa akan tiba masanya nanti, kita pula akan menjadi seperti ibubapa pelajar yang 200 orang itu, berhempas pulas untuk mencari dana mendidik anak-anak.

Masa depan anak-anak kita (3 drp 5)
This is a continuation of what I wrote on Feb 2001 about the subject.

Setelah mengetahui betapa tingginya kos pendidikan peringkat tinggi, bagaimanakah agaknya anak2 kita harus mendapatkannya?

Kita ada beberapa pilihan:

1. Biasiswa (MARA, Petronas, Yayasan2 Negeri dsb).  Inilah yang sangat saya harapkan terjadi pada anak2 kita. Tidak perlu bersusah payah mencari sumber dana. Tapi, bilangan biasiswa adalah terhad. Syarat untuk mendapat biasiswa ini pula selalunya ialah anak kita mestilah yang ‘top in class’ atau yang paling pandai. Masalahnya, ini juga yang dikejar oleh kebanyakan ibubapa yang lain. Itulah sebabnya ‘tuition centre’ menjadi-jadi. Budak yang bijak2 pun makin ramai, gred 1 bersepah, 8A pun dah banyak. Persaingan getir.

2. PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional). Saya tidak pasti sama ada kita menyedari bahawa tiada lagi sumber modal pengajian automatik seperti yang pernah kita alami dahulu. Pelajar2 yang memasuki IPT awam dan swasta tempatan harus mendapatkan dananya sendiri dan PTPTN adalah sumber yang boleh diharapkan oleh kebanyakan mereka.

PTPTN adalah pinjaman daripada kerajaan yang mengenakan kadar faedah 4%. Bagaimana? Nampak boleh tahan. Namun begitu, pinjaman terhad kepada yuran pengajian dan sebahagian belanja buku. Perbelanjaan lain dan biaya hidup masih harus disediakan. Tapi ingat, bukankah ramai di antara kita masih membayar pinjaman MARA yang diberikan pada kadar faedah 0%. Sedangkan pada kadar 0% pun kita masih merangkak-rangkak membayarnya, inikan pula dengan 4%. Kasihanilah anak2 kita. Namun begitu ia tetap satu opsyen yang boleh kita fikirkan.

3. Pinjaman bank. Ini adalah satu opsyen yang saya harap tidak perlu kita buat. Bukan sahaja

kadar faedahnya lebih tinggi, jadual pembayarannya pun selalunya bermula serta-merta. Berbeza dari bank, di PTPTN pinjaman boleh dibayar selepas tamat pengajian.

4. Menang Who WTB Millionaire? atau seumpamanya Ini hanyalah peluang kepada beberapa orang yang bernasib baik sahaja dan hanyalah angan2 Mat Jenin bagi kebanyakan kita. Doalah selalu semoga anda menjadi antara orang yang bernasib baik itu.

Cara yang lebih baik – bersedia dari sekarang. You have nothing to lose.

Memang, pengajian tinggi tidak menjamin seseorang itu menjadi lebih berjaya atau lebih kaya. Namun, mahukah kita menidakkan peluang ke universiti sekiranya anak kita layak atau kita mampu atau sekiranya anak kita itu sendiri mahu? Saya tidak percaya Bill Gates akan membiarkan anaknya untuk menjadi “college dropout” seperti dirinya.

Jika kita lihat ahli perniagaan Malaysia yang besar pun (yang asalnya tidak berpelajaran tinggi spt Lim Goh Tong) tidak membiarkan anak2nya tanpa pengajian tinggi.

Mereka yang berjaya tanpa pelajaran tinggi adalah mereka yang pada saya adalah istimewa kerana mempunyai visi tersendiri dan mungkin lebih baik jadi “drop-out” dan sekiranya anak2 saya mempunyai ciri2 sebegini, saya memang tidak kisah kalau dia nak masuk universiti atau tidak.

Masa depan anak-anak kita (2 drp 5)
This is a continuation of what I wrote on Feb 2001 about the subject.

Stephen Covey menulis dalam bukunya “7 Habits of Highly Effective People”, “There are only two lasting bequests we can give our children: One, roots so they will keep their feet on the ground and two, wings, so that they may fly”. ‘Roots’ itu pada saya ialah pendidikan agama dan nilai2 serta adab yang tinggi yang harus disemai di dalam jiwa anak2. ‘Wings’ itu ialah ilmu yang boleh membawanya jauh meneroka dunia, menjadi khalifah yang memakmurkan muka bumi ini. ‘Wings’ yang cukup baik kosnya mahal sekali.

Kos pendidikan tinggi sememangnya tinggi. Yuran pengajian amat bergantung kepada jenis kursus, universiti dan lokasi universiti (luar/dalam negeri). Ditambah pula perbelanjaan2 lain seperti buku2, alatulis dan belanja hidup.

Kos pendidikan tinggi di universiti2 tempatan selama 4 – 5 tahun adalah dianggarkan sekitar RM50,000 – RM75,000 untuk universiti awam tempatan dan antara RM100,000.00 – RM130,000.00 untuk universiti swasta (termasuk yuran, buku, sara hidup dan lain2) berdasarkan kadar yuran sekarang. Untuk universiti luar negara, saya percaya kosnya mungkin 3 – 5 kali kos universiti tempatan.

Berikut adalah anggaran kos pengajian tinggi luar negara (untuk SATU tahun):

NEGARA:

Australia:

Yuran (A$); 10,000.00 (Rendah), 18,000.00 (Purata), 26,000.00 (Tinggi)

Belanja hidup; 18,500.00 (Purata)

Kanada:

Yuran (C$); 4,000.00 (R), 8,000.00 (P) 12,000.00 (T)

Belanja hidup; 15,500.00 (P)

New Zealand:

Yuran (NZ$); 13,200.00 (R), 14,600.00 (P), 16,000.00 (T)

Belanja hidup; 16,000.00 (R), 18,000.00 (P), 20,000.00 (T)

UK:

Yuran (UK&); 10,000.00 (P)

Belanja hidup; 5,000.00 (R), 6,400.00 (P), 7,800.00 (T)

USA:

Private schools;

Yuran (US$); 11,000.00 (R), 14,500.00 (P), 18,000.00 (T)

Belanja hidup; 9,000.00 (R), 11,500.00 (P), 13,000.00 (T)

State schools;

Yuran (US$); 6,000.00 (R), 8,500.00 (P), 11,000.00 (T)

Belanja hidup; 7,000.00 (R), 9,000.00 (P), 11,000.00 (T)

Dengar kadar inflasi minimal 4% sahaja pun kita boleh bayangkan berapakah agaknya perbelanjaan yang harus dikeluarkan apabila tiba masanya nanti anak2 kita tiba saat memasuki pengajian tinggi. Jadi apakah matlamat pendidikan anak2 yang anda mahukan?

Rujukan:

Financial Freedom: Your Guide to Lifetime Financial Planning

Masa depan anak-anak kita (Bahagian 1/5)
Saya tulis artikel ini pada Februari 2001. Mungkin ada yang masih relevan.

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini kita selalu mendapat berita yang menggembirakan tentang kelahiran anak-anak yang insyaallah akan mewarisi kita dan menerajui masa depan agama, bangsa dan negara. Memang pada jangka umur seperti kita ini, kebanyakan orang sudah pun mempunyai keluarga yang lengkap.

Sudah tentu dengan segala sumber yang ada kita berhasrat untuk memberikan segala yang terbaik dan termampu untuk keluarga dan anak-anak baik dari segi makan-pakainya mahupun dari segi pendidikan. Kita sudah tentu tidak mahu segala susah payah seperti yang pernah kita lalui di masa lampau dialami dan dilalui pula oleh anak-anak.

Walaupun dahulu kita mungkin asalnya dari keluarga yang agak sederhana (seperti saya juga), alhamdulillah, dapat juga kita merasa peluang melanjutkan pelajaran dan menaikkan taraf diri dan keluarga hasil dari proses pendidikan yang telah kita lalui dengan bantuan dana biasiswa atau pinjaman baik dari MARA, JPA, Petronas dsb.

Walaubagaimanapun, perkembangan mutakhir ini dengan dasar pengkorporatan universiti awam dan percambahan bak cendawan universiti dan kolej swasta, kita tidak dapat tidak harus bimbang dan prihatin tentang bagaimana pula kita nanti hendak mencari dana membiayai pengajian anak-anak kita pada masa hadapan.

Saya tidak yakin anak-anak kita nanti akan mempunyai peluang yang sama seperti kita dahulu dari segi sumber dana pendidikan tinggi. Kita dulu, dapat SPM bagus, insyaAllah boleh dapat masuk universiti sama ada ‘local’ atau ‘overseas’ dengan dana yang agak terjamin daripada penganjur-penganjur yang saya sebutkan di atas. Ibubapa di masa itu boleh hantar anak dengan tangan kosong (atau minimal) kerana sumber dana tidak perlu dirisaukan. Sekarang ini, kejayaan dalam SPM dengan 10A pun belum tentu menjamin biasiswa bahkan pinjaman PTPTN belum tentu boleh diharap.

Maka, mahu tidak mahu kita sebagai ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil ini harus melakukan sesuatu mulai sekarang untuk memastikan bila tiba masanya nanti tidaklah menggelabah kita mencari-cari atau turun-naik bank untuk mencari dana bagi memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan tinggi yang sebaiknya.

Di Nightline TV3 beberapa hari lepas (29/1/01) saya mendengar yang kerajaan mahukan universiti-universiti awam mencari dana sendiri tanpa perlu mengharapkan bantuan besar dari kerajaan. Yang saya dapat ‘foresee’ daripada berita ini ialah kemungkinan akan naiknya yuran universiti-universiti berkenaan.

Jadi, bagaimanakah harus kita lakukan untuk memastikan anak-anak kita terjamin mencecah menara gading bagaimana juapun kedudukan PTPTN atau kerajaan pada masa itu? Jawapannya bergantung kepada anda.

“If you think education is expensive, try ignorance.” – Derek Bok