Arkib

Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans (1/2)

Sekiranya kenderaan anda mengalami kemalangan, anda mungkin berhak membuat tuntutan sama ada tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga bergantung kepada jenis insurans yang anda miliki dan situasi kemalangan. Sekiranya anda memiliki insurans komprehensif dan dalam situasi anda melanggar orang lain, anda berhak menuntuk kerugian ke atas kerosakan anda sendiri dan orang yang [...]

Apa perlu dibuat apabila kemalangan

Tiada siapa yang mahukan kemalangan berlaku ke atas dirinya. Namun, walaubagaimana bersiap sedianya kita dan berhati-hatinya kita, sekiranya ditakdirkan Allah berlaku kemalangan, tetap juga akan berlaku. Lebih-lebih lagi kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan kita dengan orang lain.

Mungkin tips-tips berikut boleh membantu serba-sedikit sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali terlibat di dalam kemalangan jalanraya.

  • Bertenang dan jangan cemas. Pada saya inilah perkara terpenting sebelum kita mengambil tindakan seterusnya.
  • Sekiranya ada yang tercedera, hubungi ambulans atau 999 untuk bantuan.
  • Sekiranya tiada kecederaan, alihkan kenderaan dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
  • Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
  • Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
  • Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada. Continue reading Apa perlu dibuat apabila kemalangan

Memahami takaful kenderaan anda

Menurut statistik Kementerian Pengangkutan sehingga 31 Disember 2005 sahaja jumlah kenderaan yang berdaftar di negara ini ialah sebanyak 14,816,407. Itu statistik 2005, hari ini sudah pastilah jumlahnya lebih lagi. Dan salah satu syarat untuk membolehkan kenderaan-kenderaan ini bergerak di jalan raya, setiap kenderaan mestilah mempunyai insurans atau takaful kenderaan yang sah dan masih berkuatkuasa.

Berdasarkan pengalaman saya yang sudah bergiat agak lama di dalam industri ini, saya dapati kebanyakan pemilik kenderaan tidak pernah membaca apa yang terkandung di dalam polisi insurans atau sijil takaful kenderaan mereka dan kalau pernah baca pun mungkin tidak memahami. Ketidakfahaman ini boleh mendatangkan masalah terutamanya apabila berlaku kes-kes tuntutan akibat kemalangan, kecurian dan sebagainya.

Di sini saya akan menerangkan dengan ringkas 5 perkara yang patut diketahui dalam memahami insurans atau takaful kenderaan yang biasa didapati di Malaysia. Ini bukanlah maklumat komprehensif. Maklumat yang detail bolehlah anda dapati melalui polisi insurans / sijil takaful kenderaan anda sendiri.

1. Mengenali jenis-jenis perlindungan: Pihak ke-3 vs. Komprehensif. Untuk perlindungan Pihak ke-3, syarikat insurans akan membayar tuntutan akibat kematian atau kecederaan anggota mana-mana orang (selain daripada anda, pemandu atau penumpang anda) dan kerosakan kepada harta (yang bukan harta sendiri atau keluarga) akibat kemalangan yang berpunca daripada penggunaan Kenderaan Anda.

Manakala Perlindungan Komprehensif pula ialah Perlindungan Pihak ke-3 di atas DAN ditambah dengan pampasan akibat kecurian, kebakaran dan kerosakan disebabkan kemalangan atau dihempap objek jatuh (dengan syarat tidak bersabit dengan banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang ataupun konvulsi semula jadi yang lain) kepada kenderaan anda. Continue reading Memahami takaful kenderaan anda

5 perkara wanita harus tahu mengenai kereta

Ada sekurang-kurangnya lima (5) perkara umum wanita patut tahu dan periksa mengenai kenderaan mereka, sebelum memandu dan sebelum datang masalah.

Pada isteri saya, “hal-hal kereta” bukanlah perkara yang menyeronokkan terutamanya sebab beliau memang tidak selesa mengotori tangan, bahkan yang lebih utama lagi sebab kurangnya pengetahuan tentang penyelenggaraan kereta. Segalanya diserahkan pada saya walaupun sebenarnya saya ni pun bukan pandai sangat pasal kereta.

Itu dulu.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya dan isteri sama-sama belajar. Tidaklah susah sangat sebenarnya.

1. Minyak bahan api (Petrol / Disel / NGV)

Ini perkara asas, tak payah fikir. Orang yang tidak memiliki kereta pun tahu minyak bahan api mesti ada untuk kereta bergerak. Tapi percayalah, saya kenal ramai wanita yang tidak pernah menuang minyak ke dalam tangki mereka sendiri dan tidak tahu bagaimana. Isteri saya sendiri, untuk lebih 10 tahun, sayalah yang mengisi penuh minyak ke dalam tangki sehari sebelum hari kerja bermula untuk beliau gunakan dan habiskan dalam seminggu bekerja. Begitulah berulang-ulang setiap minggu.

Kebanyakan kenderaan persendirian di Malaysia menggunakan petrol tapi ada juga yang menggunakan disel dan NGV. Pastikan bahan api yang betul. Dan pastikan anda kenal pasti mesin pam bahan api yang betul di stesen servis. Continue reading 5 perkara wanita harus tahu mengenai kereta

Masa depan anak-anak kita (5 drp 5)

Ini adalah bahagian akhir daripada apa yang saya tulis mengenai subjek ini pada Feb 2001.

——————————————–

Saya tidak berniat untuk menimbulkan kebimbangan yang tidak munasabah (unnecessary worry) di kalangan kawan-kawan sekelian. Saya cuma cuba memberikan sedikit pandangan berdasarkan apa yang pernah dialami oleh rakan-rakan saya yang kini sudahpun mula mempunyai anak-anak di peringkat universiti.

Saya kasihan kerana memang ada di antara mereka yang lambat menyedari keperluan menyediakan tabungan untuk pengajian tinggi anak-anak sehinggalah tiba masa anak-anak sudah dipintu menara gading dan kini terpaksa bekerja keras memastikan anak-anak mereka terus belajar. Ini kerana mereka menyangka peluang yang pernah mereka dapati dahulu akan berterusan.

Jadi di manakah harus kita melabur untuk memastikan pengajian tinggi anak-anak terjamin? Ini bergantung kepada masa yang kita ada. Seperti yang saya katakan sebelum ini, lebih awal kita bermula lebih baik.

Setahu saya, anak-anak dari kawan-kawan sebaya saya yang paling tua adalah di darjah 4 (umur 10 tahun). Ini bermakna kita mempunyai masa lebih kurang 7 tahun untuk menyediakan dana secukupnya bagi pengajian tinggi anak-anak ini. Tujuh tahun masih tidak terlewat. Kita masih boleh melabur dalam “mid to long-term investment vehicle” seperti amanah saham atau mungkin “stock market” sekiranya kita dari jenis “high-risk profiler”.

Namun sekiranya masa sudah tidak ada nanti bukan sahaja kita terpaksa menolak ke tepi lebih banyak pendapatan bahkan terpaksa menyimpan dalam “low-risk vehicle” seperti FD atau Tabung Haji sahaja kerana tidak mungkin kita mahu merisikokan tabungan yang gunanya nanti adalah untuk anak-anak yang kita cintai ini. Continue reading Masa depan anak-anak kita (5 drp 5)