Ini adalah bahagian akhir daripada apa yang saya tulis mengenai subjek ini pada Feb 2001.
——————————————–
Saya tidak berniat untuk menimbulkan kebimbangan yang tidak munasabah (unnecessary worry) di kalangan kawan-kawan sekelian. Saya cuma cuba memberikan sedikit pandangan berdasarkan apa yang pernah dialami oleh rakan-rakan saya yang kini sudahpun mula mempunyai anak-anak di peringkat universiti.
Saya kasihan kerana memang ada di antara mereka yang lambat menyedari keperluan menyediakan tabungan untuk pengajian tinggi anak-anak sehinggalah tiba masa anak-anak sudah dipintu menara gading dan kini terpaksa bekerja keras memastikan anak-anak mereka terus belajar. Ini kerana mereka menyangka peluang yang pernah mereka dapati dahulu akan berterusan.
Jadi di manakah harus kita melabur untuk memastikan pengajian tinggi anak-anak terjamin? Ini bergantung kepada masa yang kita ada. Seperti yang saya katakan sebelum ini, lebih awal kita bermula lebih baik.
Setahu saya, anak-anak dari kawan-kawan sebaya saya yang paling tua adalah di darjah 4 (umur 10 tahun). Ini bermakna kita mempunyai masa lebih kurang 7 tahun untuk menyediakan dana secukupnya bagi pengajian tinggi anak-anak ini. Tujuh tahun masih tidak terlewat. Kita masih boleh melabur dalam “mid to long-term investment vehicle” seperti amanah saham atau mungkin “stock market” sekiranya kita dari jenis “high-risk profiler”.
Namun sekiranya masa sudah tidak ada nanti bukan sahaja kita terpaksa menolak ke tepi lebih banyak pendapatan bahkan terpaksa menyimpan dalam “low-risk vehicle” seperti FD atau Tabung Haji sahaja kerana tidak mungkin kita mahu merisikokan tabungan yang gunanya nanti adalah untuk anak-anak yang kita cintai ini. Continue reading Masa depan anak-anak kita (5 drp 5)
