Sunday, December 5, 2010

Pejabat cuti tapi ada orang “bekerja”

Salah satu ciri yang biasa dikaitkan dengan suasana kerja di Malaysia ialah tentang banyaknya cuti hari perayaan. Kiraan kasar saya saja menunjukkan terdapat tidak kurang 14 hari cuti yang ada di Malaysia, tidak termasuk cuti-cuti yang melibatkan negeri-negeri. Dengan cuti yang banyak dan panjang ini, timbul masalah dari segi kos kepada majikan-majikan dan usahawan. Ya lah, kalau boleh kurang cuti lagi baik, lebih banyak perniagaan dapat dijalankan dan lebih baik bagi ekonomi. Cuti banyak pun, gaji pekerja dan sewa mesti dibayar juga. Itu adalah sebahagian daripada hujah orang berniaga.


Satu lagi masalah yang timbul dengan banyak dan panjangnya cuti ialah tentang keselamatan kawasan perniagaan dan pejabat. Apabila musim cuti, kawasan persekitaran perniagaan akan menjadi sunyi dan menjadi tempat yang mungkin menjadi sasaran perompak dan penyamun memecah pejabat dan kedai.


Menurut statistik PDRM pada tahun 2007, terdapat lebih 33,000 kes pecah rumah. Saya tidak pasti adakah ni termasuk kes pecah pejabat & kedai atau tidak tapi saya percaya kesnya pasti bukan sedikit.


Kita tidak dapat membenteras 100% kemungkinan berlakunya jenayah ini tapi saya ingin memberikan sedikit tips-tips dan persediaan dalam usaha untuk meminimakan kejadiannya.



Tip-tip Pencegahan



  • Maklumkan balai polis terdekat alamat perniagaan & pejabat, tarikh dan masa pejabat tidak dibuka. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.

  • Pasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti mangga dan selak keselamatan.

  • Pasangkan lampu otomatik pada malam hari.

  • Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu penjenyah bertindak.

  • Perhubungan yang baik dengan jiran perniagaan yang lain dapat membantu keselamatan premis bila kita tiada.

  • Upah pengawal keselamatan untuk membantu mengawal premis perniagaan.

  • Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk bangunan.

  • Kawasan perniagaan dan pejabat hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian penjenayah.

  • Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar supaya tidak meninggalkan tanda pejabat tiada orang di dalamnya.


Nasihat apabila berlaku pecah



  • Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.

  • Jangan sentuh atau ubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri.  Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.


Walau apa pun usaha kita lakukan untuk mencegah jenayah daripada berlaku, ia bukanlah 100% jaminan ia tidak akan berlaku. Selain daripada usaha pencegahan di buat seperti yang dicadangkan di atas, adalah baik juga jika kita membuat persediaan dengan menyediakan pelan takaful untuk mengurangkan impak kewangan akibat kehilangan dan kerosakan harta benda akibat pemecahan. Selepas kita bertawakal dan berusaha, jika ditakdirkan berlaku juga musibah yang kita tidak minta itu, sekurang-kurangnya kehilangan harta benda tidaklah terasa terlalu teruk.


Takaful Kebakaran yang diambil bersama Takaful Kecurian dan Takaful All-Risks akan membayar pampasan kehilangan barangan yang dilindungi seperti komputer, perabot, barang-barang elektronik dan juga stok kepada peserta sekiranya peserta ditimpa musibah kecurian kemasukan secara paksa (termasuk pecah, rompakan dsb). Pampasan yang akan dibayar adalah bergantung kepada laporan yang dibuat dan kajian Pelaras Kerugian. Apalah sangat sumbangan minimal yang kita bayar berbanding ketenangan hati. Takaful Kebakaran yang diambil bersama Takaful Kecurian juga boleh membayar kerosakan kepada bangunan pejabat atau kedai akibat kejadian pecah ini. Bergantung kepada nilai perlindungan, sumbangan takaful yang perlu disediakan adalah serendah RM150 setahun.


Hubungi TakafulForAll.com untuk konsultansi percuma.

0 comments:

Post a Comment